Tuesday, November 29, 2016

Rindu?


2 hari tak jumpa Ta sebab terpaksa tinggalkan dia kat rumah wan.

Mama:  Ta tak rindu mama ke?

Ta:  Rindu *sambil hugs*

Mama:  Tapi Ta takde call mama pun??

Ta:  Sebab Ta takde henfon.


Thursday, October 20, 2016

September 2016.

Hi.

Its been 2 weeks since September end.  The guys from green day probably woke up.  September is one of my favorite month because itsssss Chenta's birthday!!!!!  Alhamdulillah, Chenta turns 4yo on this September.  As usual, no big celebration as we prefer to celebrate with family members only :)

Tapi tahun ni Chenta yang konon konon dah besar tu dah ada hajat sendiri nak celebrate birthday dia kat rumah nenek, kat rumah wan and kat school.  So, thanks to PIL's family, berjaya la potong kek birthday bersama-sama September's babies masa balik raya Aidiladha hari tu.

Dekat school.....mama cuma tempah kek and prepare goodies coklat je.  I dont like my daughter eat jajan jajan ni so memang tak bagi pun jajan ke apa. cadbury je. gittew.

Dekat rumah wan pun mama order kek barbie fav chenta warna pink siap sayang gilaaa nak potong tapi chenta riles je terus potong. Hahaha.  Mama je emo lebih sayang nak potong la ape la.

Oh and mama and dedi add another celebration at our own house sebab saja-saja nak celebrate on the birthday date. =)



September juga adalah bulan yang sangat menyedihkan bagi aku dan family terutamanya abah.  Betul-betul selepas Raya Haji, Aki masuk hospital sebab brain hemorrhage dan jangkitan kuman paru-paru.  Sedih sangat dengan keadaan Aki.  Seminggu kat hospital, aki tunjuk perubahan positif.  Kami pun sedikit tenang balik semula nak kerja.  Tapi, selepas genap 2 minggu Aki kat hospital, Aki pergi tinggalkan kami semua.  Sedih sangat.  Tapi kami redha.  Allah sayangkan aki sebab tu Allah ambik aki.  Dan, sekurang-kurangnya Aki dah tak perlu tahan derita sakit. :'(

Dan yang paling menyedihkan bila anak umur 4 tahun dok tanya pasal moyangnya dan mestilah macam-macam soalan curious dia.  Kenapa moyang kat situ? Kenapa moyang dalam tu? Moyang dah sihat ke? Moyang taknak balik rumah ke? ...

Al-Fatihah, Aki.
We always miss you.

Makan dan Jalan.


Ta:  Dedi, tolong ambikkan tab Ta.

Dedi:  La Ta ambik la sendiri.

Ta:  *dengan nada tenang tapi sinis* Ta tengah makan ni kan. Masa makan mana boleh berjalan.

Dedi:  *kena sound dengan anak sendiri* hahahahahah.