Tuesday, November 29, 2016

Rindu?


2 hari tak jumpa Ta sebab terpaksa tinggalkan dia kat rumah wan.

Mama:  Ta tak rindu mama ke?

Ta:  Rindu *sambil hugs*

Mama:  Tapi Ta takde call mama pun??

Ta:  Sebab Ta takde henfon.


Thursday, October 20, 2016

September 2016.

Hi.

Its been 2 weeks since September end.  The guys from green day probably woke up.  September is one of my favorite month because itsssss Chenta's birthday!!!!!  Alhamdulillah, Chenta turns 4yo on this September.  As usual, no big celebration as we prefer to celebrate with family members only :)

Tapi tahun ni Chenta yang konon konon dah besar tu dah ada hajat sendiri nak celebrate birthday dia kat rumah nenek, kat rumah wan and kat school.  So, thanks to PIL's family, berjaya la potong kek birthday bersama-sama September's babies masa balik raya Aidiladha hari tu.

Dekat school.....mama cuma tempah kek and prepare goodies coklat je.  I dont like my daughter eat jajan jajan ni so memang tak bagi pun jajan ke apa. cadbury je. gittew.

Dekat rumah wan pun mama order kek barbie fav chenta warna pink siap sayang gilaaa nak potong tapi chenta riles je terus potong. Hahaha.  Mama je emo lebih sayang nak potong la ape la.

Oh and mama and dedi add another celebration at our own house sebab saja-saja nak celebrate on the birthday date. =)



September juga adalah bulan yang sangat menyedihkan bagi aku dan family terutamanya abah.  Betul-betul selepas Raya Haji, Aki masuk hospital sebab brain hemorrhage dan jangkitan kuman paru-paru.  Sedih sangat dengan keadaan Aki.  Seminggu kat hospital, aki tunjuk perubahan positif.  Kami pun sedikit tenang balik semula nak kerja.  Tapi, selepas genap 2 minggu Aki kat hospital, Aki pergi tinggalkan kami semua.  Sedih sangat.  Tapi kami redha.  Allah sayangkan aki sebab tu Allah ambik aki.  Dan, sekurang-kurangnya Aki dah tak perlu tahan derita sakit. :'(

Dan yang paling menyedihkan bila anak umur 4 tahun dok tanya pasal moyangnya dan mestilah macam-macam soalan curious dia.  Kenapa moyang kat situ? Kenapa moyang dalam tu? Moyang dah sihat ke? Moyang taknak balik rumah ke? ...

Al-Fatihah, Aki.
We always miss you.

Makan dan Jalan.


Ta:  Dedi, tolong ambikkan tab Ta.

Dedi:  La Ta ambik la sendiri.

Ta:  *dengan nada tenang tapi sinis* Ta tengah makan ni kan. Masa makan mana boleh berjalan.

Dedi:  *kena sound dengan anak sendiri* hahahahahah.

Tuesday, July 19, 2016

Kuasa.


Ta:  Mama, ta makan kek sedaaappppp warna pink.

Mama:  Wahhhh sedapnyeeee

Ta: Mama nak?

Mama: taknak taknak.

Ta:  Nape? Mama kuasa ke?

=D

Mama busuk.

Ta:  Mama ni wangi la *sambil kiss mama*

Dedi:  Mama busuk la.

Mama:  Ta, dedi kate mama busuk *kiss Ta*

Ta:  Wangi ke? Busuk je mama ni.

T___T

Saturday, July 16, 2016

Sakit perut.

Mama tengah berkerut sambil berguling tahan sakit perut senggugut atas katil.

Ta:  Mama, mama kenapa?

Mama:  Mama sakit perut.

Ta:  Sakit perut? *thinking hard what to do to help mama*

Mama: *berharap Ta offer sapukan minyak ke urutkan perut ke*

Ta:  Gi berak.


T___T

Ta & Raya

Semua orang bersiap pagi raya. Termasuk Ta.

Ta:  Mama, bila nak pergi kawen ke pakai cantik-cantik ni?

Mama:  Takla Ta.  Hari ni hari raya.  Sebab tu pakai cantik-cantik.

Ta:  Oooo. Tapi siapa jadi pengantin mama?

-__-"

Mama kawen.

Belek-belek henpon mama tengok gambar.

Ta:  Mama, ni gambar mama kawen ke?

Mama:  Aah. 

Ta:  Ta mane?

Mama:  Ta takde lagi masa ni.

Ta: *menangis merajuk*

-___-"


Saturday, January 16, 2016

Last last.....bertukar!!!

Masuk je tahun baru, Chenta buat drama baru.  Penangan berdrama hebat betul. Dari malam nak tidur sampai esok nya sampai depan pintu sekolah die punye drama.  Drama air mata.  Siap ngigau cakap taknak.

Baru 3 hari sekolah tahun 2016 die cakap nak tukar sekolah.  Tak nak gi sekolah sebab cikgu marah.  Mama and dedi ofkos taknak caya.  Sebab tau cikgu sekolah lama die memang baik je.  Tapi tengok mata sedih dan takut die, mama jadi cair.  Jadinye mama pujuk dedi tukarkan sekolah Chenta.  Ada macam-macam faktor kot yang menjadikan Chenta nak tukar sekolah.

Sekolah die jauh. 30 minit perjalanan. Dah la budak tu jenis mabuk.  Dah berapa kali muntah dalam kereta T__T

Agak mahal.  Dan breakfast tidak disediakan.  Thats mean, dedi and mama have to prepare for her breakfast every day.  Which mean lagi la mama lambat.

Menangis!! Ini adalah sangat melambatkan mama.  Nak tidur nangis. Tengah tidur nangis.  Bangun pagi nangis.  Mandi nangis.  Pakai baju nangis.  Nak masuk kete nangis.  Dalam kete nangis.  Haaaahhhh ko bayangkannnnnnnnnn.  Dalam kete sepanjang perjalanan pegang tangan mama macam mama nak hantar die sekolah asrama pulak

Dannnnnn finally kitorang setuju nak tukarkan sekolah dia.  And Alhamdulillah so far die ok je ngan sekolah baru die.

tapi tapi tapi

takleh puji lebih-lebih. Kang mula die buat drama balik.

Ok bai.

Friday, January 01, 2016

Hello 2016.

Hey its New year again! HAppy New Year!! How time flies.

Rasa macam baru semalam dapat offer kerja (yes memang semalam baru dapat offer sambung kontrak pun :P)

Rasa macam baru semalam adapt dengan kerja dan environment baru.

Tapi tapi dah masuk tahun baru.

2015 been a great year.

My love dah start masuk sekolah on 11 November 2015. Alhamdulillah. Walaupun still pagi-pagi berdrama air mata kejap depan sekolah, but she survived through the day for everyday! yeay!! drama sebab saje2 nak usha hati mama rapuh ke tak je.

Alhamdulillah i've been offered contract of term 1 year again. It's ok. Ada hikmah nya dan rezeki dari Nya.

2015 dapat banyak pengalaman dan pengajaran baru :)
Semoga untuk tahun 2016 akan jadi lebih banyak :)

Dah masuk tahun baru, jangan lupa ganti puasa =P
Dah. nak study. esok exam -__-"