Friday, August 15, 2014

Second pregnancy.

Every time jumpa angah akan ditanya "bila nak ber'anak'?" Kadang-kadang sampai aku pun ditanya "bila kakak awak nak ber'anak'?" Sebab taknak kurang ajar je. Kalau tak dah lama aku jawab "itu ketentuan tuhan dan hal peribadi dorang makcik. kalau saya tahu, senang lah. mesti sekali dengan hal peribadi makcik saya boleh tahu" -___-"

Disebabkan aku dah ada Chenta, so aku terselamat lah dari soalan macam tu. Tapi macam biasa, mesti keluar soalan bila nak tambah. Tapi kebanyakan bukan dari sedara-mara sebab depa dah tau aku muda lagi. Kehkehkeh. Kebanyakan yang tanya tu dari golongan kengkawan aku lah. paling tak boleh blah yang tanya tu kawen pun belum. -__-"

ok. meh sini nak bagi tau pasal my second pregnancy. No. Not for the time being. Chenta still kecik lagi bagi aku. Dia masih perlu bermanja. Cehhh. Haha. Tapi betul. Aku sebenarnya takut. Takut tak terbagi kasih sayang sama rata. Nanti dorang membesar dengan perasaan di'pilihkasih' pulak.

jadinya tak payah la dah tanya aku pasal bila nak tambah. rasa nak tambah tu akan datang spontan. pandai la aku nanti kalau aku rasa nak bagi chenta adik. lagipun tu kan keje tuhan. tak payah sibuk-sibuk lah.


:)

Wednesday, August 13, 2014

Dating dengan bestpreng.

Alkisah bila si bestpren yang busy mengalahkan bini PM cakap dia dapat cuti raya 2 minggu, aku dah book appointment siap-siap dengan dia. Harus kena book. Aku ajak dia datang rumah aku dari bulan 1 kot. Bulan 8 baru dia datang -____-"

Bestpren janji nak datang hari sabtu. Sebab malam tu bestpren lagi satu ada buat openhouse kat rumah mak dia. Aku hari Sabtu tu kat Johor lagi kot. Dah plan nak singgah Muar bagai tapi sebab bestpren busy mengalahkan bini PM tu aku cancel plan nak gi Muar. Terus je balik Maran. Balik Maran sebab Chenta dah rindu kat Wan kalau terus balik Kuantan konpom demam. Sebab Chenta memang selalu kalau lepas balik KL ke teman aku gi kelas ke jalan jejauh sikit ke mesti demam. Yes! She is manja like that. Sooooo me! kata anak mama kan. Pedulik la orang kate hape !

Aku sampai Maran dalam pukul 3 camtu. Bestpren gerak dari KL pukul 7 sampai Maran pukul 8.30 malam. Boleh bayang tak dia bawak kereta laju mana? Budak ini memang tau!! Dah sampai borak-borak baru decide nak gi openhouse tu. Tapi sempat celebrate birthday mak dulu. Celebrate setakat potong kek je. Itupun susah betul nak suruh mak potong kek. Si Chenta ngan Acikbaby awal-awal dah kantoikan kitorang gi beli kek. Padahal kengkonon nak seprise. Tapi Chenta dah sibuk "nak kik nak kik" -___-"

Alaaaaaa....aku takde pulak gambar potong kek sebab masa tu tengah mandi siap-siap nak gi openhouse.


So, nah lah. gambar selfie lepas kenyang makan.
Duk borak sampai pukul 2 pagi -___-"


Lepas dok borak sampai pukul 2 pagi, balik Maran sampai rumah pukul 3 pagi, terus tido. Esok malam pulak baru balik Kuantan.


Sepanjang kat Kuantan memang dok jenjalan jela. Yang budak kecik tu walaupun sombong ngan tyten die tapi tetap hepi nak ikut je kalau gi jenjalan.



Antara yang ada dalam plan jenjalan tyten ialah jenjalan jumpa ex-lect dan makan nasi kukus. 
So, lepas lah hajat tyten.


Semoga tyten happy sepanjang di Kuantan. Nanti ada masa kite jumpa lagi ye tyten ye.


Thursday, August 07, 2014

ngok ngek ngok ngek entri raya!

Assalamualaikum.

Dah raya ke sebelas baru sibuk nak update entri raya. Entri puasa memang takde langsung. Haha. Masa puasa first 2 weeks memang puasa kat maran je banyak sebab aku ada final exam. Kalau final, memang selalu stay rumah mak sebab mak ada tolong jagakan Chenta. Terima kasih mak and abah :) Masa bulan puasa, sempat la jugak ngedate dengan bestpreng. Berbuka sama-sama.


Bestpren busy kalah bini PM ni susah benor nak jumpe die tau. 
Ni pun dapat dating lepas aku habis paper.



Ini dating dengan bestpren yang dok Kuantan jugak. 
Kali ni bawak Chenta yang tak nak senyum. Haha



Member aku ni pending sikit. 
Kalau nak story kat dia memang kena sabar. bukan sabar sikit, sabar banyak. HaHaHa!!


Okey. Dah la cerita pasal puasa. Aku memang takde tangkap-tangkap gambar makanan ke ape. lagi-lagi gambar aku masak memang aku takde snap nye. Malu ai. Sebab ai tak pandai masak pun. Yang suka makan masakan ai pun laki ai je itupun sebab terpaksa kot. Kahkahkah.

Setelah sebulan berpuasa, tibalah hari raya. Kali ni turn rumah mak aku. Yang paling mencabar ialah nak pujuk Chenta pakai baju kurung. Adoi susahnya budak ni nak pakai baju kurung. Sehari sebelum raya tu try baju kurung tu pun menangis-nangis macam kena dera. -___-"  Nasib baik berjaya jugak pujuk dia pakai baju tu. itupun lepas dia tengok Acik baby ngan Abg ejar dia pakai baju melayu.


Tengok muka taknak senyum sebab kena paksa berbaju kurung.
Baju kurung sponsored by my abah. abah siap belikan tudung lagi untuk budak kecik ni tapi dia tak nak pakai.



Kena paksa pun tetap taknak senyum. haha



Atok dan cucu-cucunya. Tapi yang berspek bajet Azwan Ali tu anak bongsunya. Hahaha



Wan dan cucu-cucu dan anak bongsu.



Ni patut gambor family angah tapi yang budak kecik tu sibuk nak jugak.
Yang buat-buat muka cute tu memang dia perasan anak angah sokmo.



Tengok tengok yang baju purple due orang tu memang ada je kat gambar family siapa pun.



Nampak tak budak bad mood tu dah lah nak masuk dalam semua gambar tapi siap menguap bagai.



My parents :)



Chenta buat perangai nak naik kereta cikngoh die masa nak gi rumah Aki aku.
So, kami bajet-bajet pengantin baru dalam kereta. Kahkahkah



Tapi takde nak pengantin baru sangat sebab budak ni ade. 



Nasir's girls.



budak gigi besor.



Ini photographer tak rasmi untuk hari raya kami.



My family :)

Raya kedua raya kat rumah je. Memang selalu raya kedua tunggu orang datang reramai je kat rumah. So memang tak kose la aku nak berbaju kurung lagi untuk raya kedua tu.


Baju first Chenta untuk raya kedua.
Budak kecik ni aktif melampau sampai berapa kali tukar baju -___-"



Asal cakap suruh buat gwiyomi mesti letak jari kat pipi gemuk. 



Ni angah dan "anak"nya



Yang tengah-tengah tu sepupu. 
Teringin nak makan masakan raya mak sebelum kena pantang. 



Chenta and dedi :)


Raya ketiga, kitorang gerak balik Johor. Kebas bontot weyh. Tapi kali ni dekat sikitlah sebab try shortcut baru. Lepas ni dah tau dah nak ikut jalan mana boleh sampai rumah cepat sikit.


Dalam kereta budak ni tido lama bangun-bangun je tersengih-sengih.



Us :)



In-laws's family.


Aku stay Johor sampai raya ke 6. Raya ke 6 tu balik Maran balik sebab bestpren cakap nak datang stay rumah aku. Ala yang bestpren busy kalah bini PM tadi tu.

Ok bai. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)