Tuesday, November 25, 2014

Vitamin B12

Aku tak pernah ambik tau pasal vitamin ni. yang aku tau vitamin A, D, E, K. dan yang femes vitamin C and E. sebab kalau nak lawo memang due tu glemer kan? Tapi aku tak amik pun. memang jenis aku ni tak suka makan vitamin. ye memang. diri ini adalah kekurangan vitamin dan mineral. lol.
Tapi, yang membuatkan aku start concern pasal vitamin B12 ni ialah sebab Chenta. Chenta kekurangan vitamin B12. Bukan aku yang pandai-pandai kata tapi doktor yang kata.

Macam mana boleh kesan?

Puncanya Chenta ada sore tongue. Sore tongue yang teruk dari kecik lagi. Dulu ingat sebab dia menghisap puting kuat sangat. Then dah pernah jumpa doktor, doktor kata fungal infection and dia bagi antibiotik and anti-fungal drop. But still takde perubahan.


Lebih kurang macam ni. 

Bila takde perubahan aku biarkan je. Sebab tengok Chenta okey je aktif semua. Tapi tiba-tiba satu hari tu dia tak nak susu, tak nak makan dan asyik mengamuk je. Tengok lidah dia dah teruk siap ada macam kesan darah-darah camtu kot. So bawak gi klinik. And doktor kata itu bukan fungal tapi adalah disebabkan dia kurang vitamin B12. vitamin ni boleh dapat dari daging merah, ikan, ayam. and doktor kata sebab Chenta is baby vege so sebab tu dia ada B12 deficiency (masa tu Chenta memang makan nasi dan sayur sahaja taknak makan ayam ke ikan ke telur ke)

Lepas dapat tau kitorang gigih cari vitamin B12 for kids. Tapi takde. Yang ada vitamin b-complex for kids. Try la beli. Chenta makan and alhamdulillah lidah dia makin ok. Tapi bila dah lama-lama dia macam dah bosan dengan perasa vitamin tu kot so dia dah taknak. Bila tengok lidah dia dah okey kitorang proceed dengan multivitamin biasa je tapi lama-lama jadi semula. sigh. 

Sekarang baru aku tau rupanya penting vitamin B12 ni dan folic acid. Aku pun dah start consume sebab aku punya tahap tak cukup hb tu dah makin parah dan tahap pelupa kronik. Cumanya sekarang nak cari B12 for kids yang susah -___-"

Boleh baca:



Thursday, November 13, 2014

November.

Tak sangka lagi sebulan lebih je dah nak masuk tahun baru. Cepat betul masa sekarang berlalu. Dulu masa sekolah cuti akhir tahun adalah saat yang ditunggu-tunggu. Masa tu rasa macam cuti panjang gila sampai rasa rindu nak sekolah semula. Tapi sekarang cuti rasa sekejap je. Seminggu macam pantas sangat berlalu.

Chenta dah dua tahun lebih pun. Dah pandai cakap nak itu nak ini. Walaupun pelat, takpe. Ama tetap paham apa yang dia cakap. Dedi pun kadang-kadang tak paham. Tapi dengan orang yang dia tak rapat tetap dia takut or malu nak bercakap. Menurun dari ama dia kot. Pemalu. kihkihkih.


Kecik-kecik dah rajin main sudoku.