Tuesday, November 25, 2014

Vitamin B12

Aku tak pernah ambik tau pasal vitamin ni. yang aku tau vitamin A, D, E, K. dan yang femes vitamin C and E. sebab kalau nak lawo memang due tu glemer kan? Tapi aku tak amik pun. memang jenis aku ni tak suka makan vitamin. ye memang. diri ini adalah kekurangan vitamin dan mineral. lol.
Tapi, yang membuatkan aku start concern pasal vitamin B12 ni ialah sebab Chenta. Chenta kekurangan vitamin B12. Bukan aku yang pandai-pandai kata tapi doktor yang kata.

Macam mana boleh kesan?

Puncanya Chenta ada sore tongue. Sore tongue yang teruk dari kecik lagi. Dulu ingat sebab dia menghisap puting kuat sangat. Then dah pernah jumpa doktor, doktor kata fungal infection and dia bagi antibiotik and anti-fungal drop. But still takde perubahan.


Lebih kurang macam ni. 

Bila takde perubahan aku biarkan je. Sebab tengok Chenta okey je aktif semua. Tapi tiba-tiba satu hari tu dia tak nak susu, tak nak makan dan asyik mengamuk je. Tengok lidah dia dah teruk siap ada macam kesan darah-darah camtu kot. So bawak gi klinik. And doktor kata itu bukan fungal tapi adalah disebabkan dia kurang vitamin B12. vitamin ni boleh dapat dari daging merah, ikan, ayam. and doktor kata sebab Chenta is baby vege so sebab tu dia ada B12 deficiency (masa tu Chenta memang makan nasi dan sayur sahaja taknak makan ayam ke ikan ke telur ke)

Lepas dapat tau kitorang gigih cari vitamin B12 for kids. Tapi takde. Yang ada vitamin b-complex for kids. Try la beli. Chenta makan and alhamdulillah lidah dia makin ok. Tapi bila dah lama-lama dia macam dah bosan dengan perasa vitamin tu kot so dia dah taknak. Bila tengok lidah dia dah okey kitorang proceed dengan multivitamin biasa je tapi lama-lama jadi semula. sigh. 

Sekarang baru aku tau rupanya penting vitamin B12 ni dan folic acid. Aku pun dah start consume sebab aku punya tahap tak cukup hb tu dah makin parah dan tahap pelupa kronik. Cumanya sekarang nak cari B12 for kids yang susah -___-"

Boleh baca:



Thursday, November 13, 2014

November.

Tak sangka lagi sebulan lebih je dah nak masuk tahun baru. Cepat betul masa sekarang berlalu. Dulu masa sekolah cuti akhir tahun adalah saat yang ditunggu-tunggu. Masa tu rasa macam cuti panjang gila sampai rasa rindu nak sekolah semula. Tapi sekarang cuti rasa sekejap je. Seminggu macam pantas sangat berlalu.

Chenta dah dua tahun lebih pun. Dah pandai cakap nak itu nak ini. Walaupun pelat, takpe. Ama tetap paham apa yang dia cakap. Dedi pun kadang-kadang tak paham. Tapi dengan orang yang dia tak rapat tetap dia takut or malu nak bercakap. Menurun dari ama dia kot. Pemalu. kihkihkih.


Kecik-kecik dah rajin main sudoku. 

Thursday, October 23, 2014

tak boleh cakap.

banyak benda yang nak kongsi. nak cerita, nak story. tapi tak boleh.

because some things better left unsaid.

sebab bila aku cakap akan ada yang salah faham, salah tafsir. tak lupa juga akan ada yang manipulate sampai jadi one full new story yang penuh dengan tokok tambah dan of course, fitnah.

dan aku sedar yang

social media is the best place to tell lies.

Friday, September 26, 2014

Kalau rasa hati aku ni mainan, teruskan bermain. 

Friday, September 12, 2014

SelfV - love your V-zone!!

Contest kotex kembali lagi!! Rugi ni kalau tak join. Join contest kotex ni best tau. Sebab aku dah ada pengalaman join contest dorang and dapat top10 so dapat join photoshoot dorang. Memang best sangat!! Walaupun dorang announce untuk first place je dapat hadiah tapi tiba-tiba dorang decide nak pilih tempat kedua and ketiga juga. The staff semua sangat sporting and responsible!! Sangat caring untuk semua contestant.

But this time contest dia senang je! Hadiah pun best!!




Haaaa tengok tengok. Hadiah best tu!! Nak menang senang je, Login fb, upload gambar lepastu isi maklumat sikit dah setel. Lepas tu tunggu je kot-kot memang bertuah kan boleh menang! Yang penting kena kreatif !

Oh and sesiapa nak sampel free pun boleh. See kotex kan memang baik hati macam ni, memang senang bagi sampel. best best. apa lagi, Jom SelfV !

Sempurna Resort, Indera Sempurna, Kuantan.

Chenta suka mandi kolam. Kalau boleh hari-hari nak mandi kolam. Bangun je tidur mulut tu mesti dok "yam yam" and it means kolam. Yeah she almost 2 but still pelat like that. Its ok. As long as i know what she want. Mama and dedi ada dah beli kolam plastik tapi sebab kat Kuantan ni takde orang nak layan dia main air, makanya kolam tu tinggal kat rumah mak aku je.

One fine day (ecehhhhhhh), sebab takde apa nak buat on weekend, so kami plan bawak Chenta mandi kolam dekat Sempurna Resort. Bunyik resort macam jauh je padahal depan rumah je kalau jalan kaki pun 10 minit je kot -__-"



OOTD - outfit of that day. Lol.



Cikwa pun ikut sekali dengan ehem....



Acik!! budak tengah tu datang tidur rumah aku semata nak mandi kolam -___-"



Sebenarnya dedi yang lebih seronoknya.



Budak ni umur dah 7 tahun pun still suka main macam budak kecik. :)



berseronok sampai letih hari tu.


Nak masuk kolam kat resort ni kena bayar. RM9 untuk dewasa, and kanak-kanak RM6. tapi untuk Chenta tak yah bayar. So selamat. Hihi. Kalau sesiapa yang tak nak mandi pun boleh pergi area kolam ni jugak tapi takyah bayar. Kira okeyla. Bukanlah kalau nak gi kat kolam je dah kena bayar walaupun tak mandi kan. Untuk kolam budak best jugaklah ada slide semua tapi satu je dia punya simen tu berbatu batu so macam sakit kaki la. Tapi kalau pikir positif ala-ala refleksologi sambil berseronok -___-" Sihat dan gembira gitu. Haha. Ok bai.


Friday, August 15, 2014

Second pregnancy.

Every time jumpa angah akan ditanya "bila nak ber'anak'?" Kadang-kadang sampai aku pun ditanya "bila kakak awak nak ber'anak'?" Sebab taknak kurang ajar je. Kalau tak dah lama aku jawab "itu ketentuan tuhan dan hal peribadi dorang makcik. kalau saya tahu, senang lah. mesti sekali dengan hal peribadi makcik saya boleh tahu" -___-"

Disebabkan aku dah ada Chenta, so aku terselamat lah dari soalan macam tu. Tapi macam biasa, mesti keluar soalan bila nak tambah. Tapi kebanyakan bukan dari sedara-mara sebab depa dah tau aku muda lagi. Kehkehkeh. Kebanyakan yang tanya tu dari golongan kengkawan aku lah. paling tak boleh blah yang tanya tu kawen pun belum. -__-"

ok. meh sini nak bagi tau pasal my second pregnancy. No. Not for the time being. Chenta still kecik lagi bagi aku. Dia masih perlu bermanja. Cehhh. Haha. Tapi betul. Aku sebenarnya takut. Takut tak terbagi kasih sayang sama rata. Nanti dorang membesar dengan perasaan di'pilihkasih' pulak.

jadinya tak payah la dah tanya aku pasal bila nak tambah. rasa nak tambah tu akan datang spontan. pandai la aku nanti kalau aku rasa nak bagi chenta adik. lagipun tu kan keje tuhan. tak payah sibuk-sibuk lah.


:)

Wednesday, August 13, 2014

Dating dengan bestpreng.

Alkisah bila si bestpren yang busy mengalahkan bini PM cakap dia dapat cuti raya 2 minggu, aku dah book appointment siap-siap dengan dia. Harus kena book. Aku ajak dia datang rumah aku dari bulan 1 kot. Bulan 8 baru dia datang -____-"

Bestpren janji nak datang hari sabtu. Sebab malam tu bestpren lagi satu ada buat openhouse kat rumah mak dia. Aku hari Sabtu tu kat Johor lagi kot. Dah plan nak singgah Muar bagai tapi sebab bestpren busy mengalahkan bini PM tu aku cancel plan nak gi Muar. Terus je balik Maran. Balik Maran sebab Chenta dah rindu kat Wan kalau terus balik Kuantan konpom demam. Sebab Chenta memang selalu kalau lepas balik KL ke teman aku gi kelas ke jalan jejauh sikit ke mesti demam. Yes! She is manja like that. Sooooo me! kata anak mama kan. Pedulik la orang kate hape !

Aku sampai Maran dalam pukul 3 camtu. Bestpren gerak dari KL pukul 7 sampai Maran pukul 8.30 malam. Boleh bayang tak dia bawak kereta laju mana? Budak ini memang tau!! Dah sampai borak-borak baru decide nak gi openhouse tu. Tapi sempat celebrate birthday mak dulu. Celebrate setakat potong kek je. Itupun susah betul nak suruh mak potong kek. Si Chenta ngan Acikbaby awal-awal dah kantoikan kitorang gi beli kek. Padahal kengkonon nak seprise. Tapi Chenta dah sibuk "nak kik nak kik" -___-"

Alaaaaaa....aku takde pulak gambar potong kek sebab masa tu tengah mandi siap-siap nak gi openhouse.


So, nah lah. gambar selfie lepas kenyang makan.
Duk borak sampai pukul 2 pagi -___-"


Lepas dok borak sampai pukul 2 pagi, balik Maran sampai rumah pukul 3 pagi, terus tido. Esok malam pulak baru balik Kuantan.


Sepanjang kat Kuantan memang dok jenjalan jela. Yang budak kecik tu walaupun sombong ngan tyten die tapi tetap hepi nak ikut je kalau gi jenjalan.



Antara yang ada dalam plan jenjalan tyten ialah jenjalan jumpa ex-lect dan makan nasi kukus. 
So, lepas lah hajat tyten.


Semoga tyten happy sepanjang di Kuantan. Nanti ada masa kite jumpa lagi ye tyten ye.


Thursday, August 07, 2014

ngok ngek ngok ngek entri raya!

Assalamualaikum.

Dah raya ke sebelas baru sibuk nak update entri raya. Entri puasa memang takde langsung. Haha. Masa puasa first 2 weeks memang puasa kat maran je banyak sebab aku ada final exam. Kalau final, memang selalu stay rumah mak sebab mak ada tolong jagakan Chenta. Terima kasih mak and abah :) Masa bulan puasa, sempat la jugak ngedate dengan bestpreng. Berbuka sama-sama.


Bestpren busy kalah bini PM ni susah benor nak jumpe die tau. 
Ni pun dapat dating lepas aku habis paper.



Ini dating dengan bestpren yang dok Kuantan jugak. 
Kali ni bawak Chenta yang tak nak senyum. Haha



Member aku ni pending sikit. 
Kalau nak story kat dia memang kena sabar. bukan sabar sikit, sabar banyak. HaHaHa!!


Okey. Dah la cerita pasal puasa. Aku memang takde tangkap-tangkap gambar makanan ke ape. lagi-lagi gambar aku masak memang aku takde snap nye. Malu ai. Sebab ai tak pandai masak pun. Yang suka makan masakan ai pun laki ai je itupun sebab terpaksa kot. Kahkahkah.

Setelah sebulan berpuasa, tibalah hari raya. Kali ni turn rumah mak aku. Yang paling mencabar ialah nak pujuk Chenta pakai baju kurung. Adoi susahnya budak ni nak pakai baju kurung. Sehari sebelum raya tu try baju kurung tu pun menangis-nangis macam kena dera. -___-"  Nasib baik berjaya jugak pujuk dia pakai baju tu. itupun lepas dia tengok Acik baby ngan Abg ejar dia pakai baju melayu.


Tengok muka taknak senyum sebab kena paksa berbaju kurung.
Baju kurung sponsored by my abah. abah siap belikan tudung lagi untuk budak kecik ni tapi dia tak nak pakai.



Kena paksa pun tetap taknak senyum. haha



Atok dan cucu-cucunya. Tapi yang berspek bajet Azwan Ali tu anak bongsunya. Hahaha



Wan dan cucu-cucu dan anak bongsu.



Ni patut gambor family angah tapi yang budak kecik tu sibuk nak jugak.
Yang buat-buat muka cute tu memang dia perasan anak angah sokmo.



Tengok tengok yang baju purple due orang tu memang ada je kat gambar family siapa pun.



Nampak tak budak bad mood tu dah lah nak masuk dalam semua gambar tapi siap menguap bagai.



My parents :)



Chenta buat perangai nak naik kereta cikngoh die masa nak gi rumah Aki aku.
So, kami bajet-bajet pengantin baru dalam kereta. Kahkahkah



Tapi takde nak pengantin baru sangat sebab budak ni ade. 



Nasir's girls.



budak gigi besor.



Ini photographer tak rasmi untuk hari raya kami.



My family :)

Raya kedua raya kat rumah je. Memang selalu raya kedua tunggu orang datang reramai je kat rumah. So memang tak kose la aku nak berbaju kurung lagi untuk raya kedua tu.


Baju first Chenta untuk raya kedua.
Budak kecik ni aktif melampau sampai berapa kali tukar baju -___-"



Asal cakap suruh buat gwiyomi mesti letak jari kat pipi gemuk. 



Ni angah dan "anak"nya



Yang tengah-tengah tu sepupu. 
Teringin nak makan masakan raya mak sebelum kena pantang. 



Chenta and dedi :)


Raya ketiga, kitorang gerak balik Johor. Kebas bontot weyh. Tapi kali ni dekat sikitlah sebab try shortcut baru. Lepas ni dah tau dah nak ikut jalan mana boleh sampai rumah cepat sikit.


Dalam kereta budak ni tido lama bangun-bangun je tersengih-sengih.



Us :)



In-laws's family.


Aku stay Johor sampai raya ke 6. Raya ke 6 tu balik Maran balik sebab bestpren cakap nak datang stay rumah aku. Ala yang bestpren busy kalah bini PM tadi tu.

Ok bai. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)

Wednesday, June 25, 2014

Tak cukup tidur.

i am the type yang jadi sangat sensitif bila tak cukup tidur.  how about you?

musim piala dunia ni mesti ramai yang pergi kerja mata panda je semua especially lelaki kan? perempuan pun mesti ada punya. tapi perempuan memang dah selalu pergi kerja mata panda especially yang ada anak kecik. kan kan kan??

aku tak tengok piala dunia. tak minat. ataupun sebab i rela tidur dari tengok orang main bola.
aku ada chenta. tapi chenta tak bangun tengah malam nak susu. selalu bangun pukul 7 baru dia mintak susu.

tapi aku sekarang tak cukup tidur. sebab?

FINAL EXAM!!

aku buat ilmu serap malam kang. dah lama tak guna ilmu serap ni. *sigh*

First paper, esok. please wish me luck!

Tuesday, June 24, 2014

21 June 2014

It's hubby's birthday! And i actually forgot about it. I only remembered that Chenta will turn 21 months on 21st. I not forgot my hubby's birthdate, but i just simply forgot the date. I am a housewife, remember?

With final exam coming up, i try to not letting the not so important things into my brain, including date. 

However, i manage to bought the present without he knowing. How? Adalah. Hihi. Nasib baik, komisyen dah masuk and i have a little to spend. I have to spend well in this "economy problem" time! Eh jap ! Kenapa aku speaking ni? Lol.

Pagi tu aku teman @laila_nasir yang nak sangat pergi big bad wolf kat kuantan. Dia memang suka sangat buku-buku ni. Aku pun suka jugak. Suka buat hiasan. Haha. Aku dah quit hobi membaca jambatan ilmu ni. Lepas beli buku, sempatlah beli present. Hadiah murah je sebab kan dah kata economy problem? Haha


Me and @laila_nasir

I dont snap the present picture. Sebab hadiah murah kan. Malu la nak tunjuk. Lain lah kalau aku bagi ferrari ke memang aku rasa 10 entry aku buat sebab nak cerita pasal hadiah je. Lol. Astaghfirullah...*gelenggelengkepala*


Happy birthday, husband! Love u much! (Rare-repeated) u know what i mean! Lol.

Ok bye.

Wednesday, June 18, 2014

Our unplanned Sabtuday.

Sabtu lepas, disebabkan dah planning awal-awal nak sarapan roti canai, bangun tidur siap-siap la nak pergi terus sebab bangun lambat. Entah ada lagi tak orang serve roti canai dah pukul 10. Kehkehkeh. Masa bersiap dah tanya nak gi mana-mana lagi tak sebab aku malas nak pakai cantik-cantik. Pakai tshirt je sudoh. Tapi memang selalu aku pilih tshirt ngan jeans je. Mudah dan selesa. Ihik.

Lepas bersiap, terus keluar gi kedai. Nampak ada satu kedai tulis roti canai terus singgah tanya ada lagi tak roti canai. Nasib baik ada. So decide makan jela kat situ.


Budak ni standard duduk je kat kedai makan terus mintak air mintak nasi.


Masa tengah makan tetiba tercakap pasal pantai. Sebab dekat je dah kedai makan tu ngan pantai makanya, moh la kite ke Pantai Sepat. Dolu-dolu kalau piknik ngan family aku memang pantai ni la jadi pilihan. Walaupun tak glemer macam TC, tapi bersih dan senang. Sekarang dah lain. Dah maju sikit tempat die.


Takboleh mandi tengah panas terik nanti sunburn !



Melayan perasaan.


Tengok jela air and ombak pantai tu. Sape suruh bangun lambat. kahkahkah.

Masa nak balik, saja ikut je jalan tu terus walaupun tak tau nanti keluar ikut mana. Sekali sampai kat Kg Ubai. Dah dekat sangat dengan pekan. DediChenta kata nak gi pekan saja jalan-jalan. Hahhh mohh la kite bawak Chenta gi Pekan. Alang-alang dah kan. Sampai pekan, pusing-pusing bandar die je. Lalu depan muzium pekan, Chenta nak turun sebab nampak ni....


Bukan main lagi budak kecik ni.


:)


Dedi pun nak jugok!!



Merasa la Chenta melepaskan hajat. Selalu dengar bunyi dari dalam rumah je kan. hahaha


Selfie!!


Main-main kat luar tu je kejap. tak masuk pun muzium nye. lepas tangkap-tangkap gambar balik rumah.


Petang tu, bawah Chenta gi pantai lagi.  Kali ni pantai batu hitam pulak. Sesaje lepas hajat sebab yang tengah hari tu tak dapat sentuh air pantai.


Budak ni selalu mandi kolam die jilat air kolam tu, sekali jilat air pantai baru tau masin rupanya. Kahkahkah


Main tepi-tepi je sebab mama and dedi pakai jeans tak planned nak mandi sekali.


Disebabkan mama and dedi tak puas hati tak dapat mandi sekali, dah planned nak pergi lagi minggu ni. haa tengok la camne nanti. kalau ade, nanti aku upload story sini ye :)